#MH370: ‘Charlie Hebdo’ Patut Dikecam Kerana Menghina Mangsa

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa Perancis dan organisasi media di seluruh dunia digesa mengutuk majalah satira Perancis ‘Charlie Hebdo’ kerana menyiarkan karikatur yang menghina anak kapal dan penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370.

Gesaan itu dibuat Pengerusi Biro Publisiti MCA Senator Datuk Chai Kim Sen.

“MCA menegur Charlie Hebdo kerana menyamakan tragedi MH370 dengan menyiarkan karikatur politik (yang seringkali dipaparkan majalah berkenaan), secara mempersendakan juruterbang MAS dan anak kapalnya yang amat berdedikasi serta meraih banyak anugerah antarabangsa bagi kualiti dan perkhidmatan dalam penerbangan.

“Charlie Hebdo tidak boleh mengeksploitasi penumpang dan anak kapal MH370 sebagai peluang untuk meningkatkan jualan,” katanya dalam kenyataan di sini Sabtu.

Penemuan flaperon di Pulau Reunion di Lautan Hindi baru-baru ini disahkan oleh pakar antarabangsa sebagai serpihan daripada MH370, pesawat Boeing 777 MAS, yang hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China, pada 8 Mac tahun lepas.

Chai berkata majalah Perancis itu sebaliknya perlu bersimpati dan memahami kesedihan yang dialami sanak saudara dan sahabat handai 239 penumpang serta anak kapal terbabit. – BERNAMA

Charlie-Hebdo-MH370-page

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.