Adik Dipercayai Bunuh Abang Masih Diburu

ALOR SETAR – Seorang adik yang dipercayai telah membunuh abangnya Jumaat lalu di Kampung Bukit Lada, Pokok Sena dekat sini masih diburu.

Ketua Polis Daerah Kota Star, ACP Adzaman Md Jan berkata suspek yang berumur 24 tahun yang melarikan diri selepas kejadian itu dipercayai masih berada di sekitar negeri di utara.

Beliau berkata orang ramai yang mengetahui di mana suspek berada diminta menghubungi ASP T. Segeran di talian 019-5400260.

Dalam kejadian itu, mangsa Mohd Yusoff Gozali, 35, meninggal dunia dipercayai akibat dibaling dengan objek besi oleh adiknya itu selepas berlaku perselisihan faham antara mereka.

Si adik melarikan diri selepas menghantar abangnya ke hospital.

Sementara Adzaman berkata anak bongsu kepada Amnah Omar, 49, telah ditahan berhubung kematian ibunya di rumah mereka di Taman Sentosa, Simpang Kuala dekat sini semalam.

Pemuda berusia 27 tahun itu melaporkan telah menemui mayat ibunya selepas dia pulang ke rumah. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.