Kibar Jalur Gemilang, Zahirkan Patriotisme – Musa

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman meminta agar orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang di rumah, tempat kerja atau kenderaan bagi menunjukkan rasa cinta terhadap negara.

Musa berkata setiap orang perlu menunjukkan semangat dan komitmen tinggi untuk mengibarkan Jalur Gemilang kerana usaha itu menjelaskan rakyat di Malaysia khususnya Sabah bersatu hati mempertahankan pengisian nikmat kemerdekaan.

“Kibar Jalur Gemilang adalah simbol kebanggaan kita sebagai sebuah negara, maruah dan identiti negara dan ia adalah simbol perpaduan dan kesatuan kita sebagai rakyat Malaysia.

KUCHING, 5 Ogos -- Dua pekerja kontrak sedang menggantung bendera Jalur Gemilang pada pokok besar di Padang Merdeka hari ini sebagai persediaan sambutan bulan kemerdekaan bertemakan 'Sehati Sejiwa' tahun ini. Sambutan itu akan dilancarkan di sini pada 10 Ogos oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.?Pelbagai aktiviti sampingan disediakan sepanjang sambutan bulan kemerdekaan itu sehinggalah upacara kemuncak pada 31 Ogos.?-- fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA

Ia juga merupakan tanda kesyukuran, penghargaan dan terima kasih kepada negara yang memberi banyak peluang untuk menikmati erti kemerdekaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Yahya Hussin, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Seri Raymond Tan Shu Kiah.

Terdahulu Musa dalam ucapannya berkata sejak Sabah merdeka, negeri itu menikmati keamanan, keharmonian, kesejahteraan dan kemakmuran sekali gus mengecapi pembangunan mapan dengan pelbagai program dan projek dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia.

“Dengan hubungan erat antara kerajaan negeri dan pusat, segala pembangunan dapat dilaksanakan mengikut perancangan, inilah nikmat merdeka,” katanya lagi.

Sementara itu katanya, mengenai tema sambutan bulan kebangsaan tahun ini iaitu ‘Sehati Sejiwa’ adalah bertepatan sekali kerana tema itu mengajak rakyat Malaysia untuk terus saling hormat-menghormati, bersatu padu dan berganding bahu dalam menjaga keamanan serta kedaulatan negara.

“Kita perlu bersama-sama mengelakkan perbalahan, selisih faham dan fitnah, kerana kita ingin melihat khususnya rakyat di Sabah aman,” katanya.

Musa turut mengajak rakyat negeri ini untuk menolak segala anasir jahat yang suka menghasut, melemparkan tohmahan dan fitnah demi kepentingan peribadi semata-mata.

“Sokong dan bantulah kerajaan dalam memajukan negeri tercinta ini dan tolaklah anasir jahat,” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.