Rumah PGBF Dibuka Jualan September 2016

SEREMBAN – Jualan projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) Pasoh 1 di Jelebu akan dibuka kepada anak-anak peneroka pada September tahun hadapan, dan bukan bulan hadapan seperti dilaporkan sebelum ini.

Felda berkata ini kerana PGBF di Pasoh dijangka siap pada September 2016.

pgbf3

“Ini mengambil kira kepada kerja-kerja pembinaan sebuah tangki air dan juga kerja infra lain yang masih giat dijalankan,” kata Felda dalam satu kenyataan media Isnin.

Pelaksanaan projek PGBF adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada geneasi baharu Felda yang layak untuk memiliki rumah yang sesuai dengan kemampuan selain melaksanakan tanggungjawab sosial Felda kepada warga peneroka.

Dalam pembentangan Bajet 2013, diumumkan sebanyak 20,000 unit rumah di bawah projek PGBF akan dibina dalam tempoh lima tahun di tanah-tanah rancangan Felda. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.