Jangan Tokok Tambah Maklumat Sehingga Timbulkan Fitnah – KP JASA

KUALA LUMPUR – Rakyat diminta supaya tidak menokok tambah maklumat sebenar bagi mengelak timbulnya fitnah terhadap pemimpin dan negara secara berleluasa, kata Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata dunia ‘hyperconnectivity’ yang wujud hari ini berupaya menggalakkan penyebaran fitnah terutama jika maklumat yang ada ditokok tambah dan diputar belit sehingga memudaratkan ketenteraman awam.

“Justeru orang ramai diminta agar mencari maklumat yang betul dan tepat bagi mengelak sebarang fitnah yang akhirnya akan membawa musibah kepada negara dan pemimpin kita,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis pra pelancaran program “Doa Untuk Malaysia” sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015 bertemakan ‘Sehati Sejiwa’ di di sini, hari ini.

Dalam pada itu, katanya program Doa Untuk Malaysia di Dataran Merdeka pada malam Sabtu ini, dapat menyatukan semua rakyat tanpa mengira fahaman politik untuk mendoakan kesejahteraan negara agar terhindar daripada segala fitnah yang boleh mengganggu-gugat kerukunan rakyat berbilang bangsa. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.