Justo Dihadapkan Ke Mahkamah 17 Ogos

BANGKOK: Xavier Andre Justo, rakyat Switzerland yang dituduh memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International, dijangka hadir  di mahkamah untuk pendengaran kesnya pada 17 Ogos.

Justo akan hadir di Mahkamah Jenayah Selatan Bangkok pada tarikh itu, kata seorang pegawai mahkamah.

Di bawah Kanun Keseksaan Thailand, kesalahan melakukan peras ugut boleh dikenakan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun serta denda antara 2,000 baht (RM225) hingga 20,000 baht (RM2,250).

Menurut pegawai itu, pihak pendakwa telah memfailkan kes berkenaan, Isnin.

Justo ditangkap di pulau peranginan Koh Samui di selatan Thailand pada 22 Jun.

Polis Thailand selesai menyiasat kes itu minggu lepas.

Kes Justo menarik minat mendalam di Malaysia berikutan kewujudan projek usaha sama antara PetroSaudi International dan 1Malaysia Development Bhd. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.