Malaysia Payung Besar Beri Perlindungan – Adenan

KUCHING – “Tidak perlu keluar Malaysia…ini adalah percakapan bodoh. Lebih kuasa kepada Sarawak…ya, tetapi tidak pemisahan,” tegas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

Katanya beliau akan terus berunding dengan kerajaan persekutuan untuk memperhebatkan pembangunan di Sarawak, namun beliau memerlukan sokongan padu seluruh rakyat Sarawak agar beliau dapat berunding dengan ‘suara yang lebih kuat’.

Beliau berkata Malaysia boleh dianggap sebagai sebuah payung besar yang sentiasa memberi perlindungan, keselamatan dan kesejahteraan buat semua negeri, dahulu, kini dan selamanya.

KUCHING, 5 Ogos -- Dua pekerja kontrak sedang menggantung bendera Jalur Gemilang pada pokok besar di Padang Merdeka hari ini sebagai persediaan sambutan bulan kemerdekaan bertemakan 'Sehati Sejiwa' tahun ini. Sambutan itu akan dilancarkan di sini pada 10 Ogos oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.?Pelbagai aktiviti sampingan disediakan sepanjang sambutan bulan kemerdekaan itu sehinggalah upacara kemuncak pada 31 Ogos.?-- fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA

“Oleh itu jika anda semua punyai semangat cinta negara, buktikan ia dengan mengibarkan Jalur Gemilang di serata tempat sempena bulan kebangsaan ini,” katanya semasa berucap di majlis bulan kebangsaan dan kempen kibar Jalur Gemilang di Padang Merdeka di sini malam Isnin.

Acara itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kira-kira 10,000 pengunjung yang membanjiri Padang Merdeka untuk memeriahkan sambutan sejak petang ini.

Kemudian mereka dihiburkan dengan persembahan pentas oleh beberapa penyanyi terkemuka negara, termasuk penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin. — BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.