#MH17: Serpihan Disyaki Dari Peluru Berpandu Rusia Ditemui Di Lokasi Nahas

AMSTERDAM: Pendakwa Belanda dari pasukan bersama penyiasatan jenayah antarabangsa terhadap insiden pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine memberitahu bahawa serpihan yang ditemui di lokasi nahas mungkin milik sistem peluru berpandu buatan Rusia.

Pejabat pendakwa Belanda berkata, serpihan itu yang mungkin dari sistem peluru berpandu BUK kini berada di Lembaga Keselamatan Belanda yang mengendalikan siasatan awam terhadap nahas.

MH17 terhempas di wilayah yang dikuasai oleh pemberontak pro-Rusia pada Julai 2014, mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal, dengan kebanyakannya warga Belanda. – Reuters

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.