Pertukaran Pegawai SPRM Tiada Kaitan Dengan Siasatan 1MDB – Ali Hamsa

KUCHING – Pertukaran dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri sebagaimana diumumkan minggu lepas tiada kaitan dengan penyiasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari Isnin. “Ia tidak kena mengena dengan siasatan 1MDB,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan para petugas awam bersempena sambutan Aidilfitri di sini.

KUALA LUMPUR, Sept 8 -- Chief Secretary to The Goverment of Malaysia, Tan Sri Dr Ali Hamsa delivering his speech on Public-Private Partnership in Transforming Malaysia's Economic Development during Public Lecture Series here, today.  -- fotoBERNAMA (2014) COPYRIGHT RESERVED

Dua pegawai itu, Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin, dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob melaporkan diri bertugas di pejabat SPRM pagi ini.

Mereka sepatutnya melaporkan diri bertugas di Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Hamsa berkata beliau telah bersemuka dan berbincang dengan dua pegawai itu. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.