Isteri Pertama Ashraf Muslim Hamil

KUALA LUMPUR – ISTERI pertama pelakon Ashraf Muslim, Noor Dayana Lokman, 28, disahkan hamil empat bulan.

Melalui sebuah portal hiburan, Ashraf mengesahkan isterinya itu hamil empat bulan selepas empat tahun menunggu.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH kerana setelah empat tahun menunggu, Dayana kini hamil anak pertama hasil perkahwinan kami. Saya sangat gembira dengan kehamilannya ini.

“Saya tidak mahu memaklumkan kehamilan Dayana di awal usia kandungannya kerana saya sendiri takut timbul rasa riak atau perkara-perkara lain yang tidak sepatutnya,” katanya.

Tambah Asyraf lagi, kini kedua-dua isterinya sedang hamil.

“Kandungan Dayana sudah memasuki bulan keempat manakala isteri kedua saya pula sedang sarat mengandung lapan bulan,” katanya. – SINAR HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.