Kedai Usia 100 Tahun Musnah Dalam Kebakaran

GEORGETOWN: Lima rumah kedai berusia hampir 100 tahun di Lebuh Acheh musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi tadi, dipercayai akibat litar pintas.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.07 pagi dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai tiba di lokasi pada jam 2.16 pagi.

Katanya, seramai 24 anggota, termasuk dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak berjaya mengawal api daripada merebak dalam masa 10 minit.

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 2.49 pagi dengan siasatan mengenai punca kejadian masih dilakukan pegawai penyiasat.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dengan anggaran kerugian belum dapat ditentukan lagi,” katanya. – BERITA HARIAN

KEDAI2

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.