Khabar Angin Hazami Meninggal Dunia Palsu

SEMALAM heboh di media-media sosial mengenai berita mengenai penyanyi Hazami dikhabarkan telah meninggal dunia.
Ternyata berita itu hanyalah palsu semata-mata dan penyanyi yang terkenal dengan lagu Sonata Musim Salju tampil menafikan berita tersebut di laman Facebook miliknya.
“Saya Nor Kamal Hazami bin Ahmad @ Hazami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk meneruskan perjalanan hidup yang penuh dengan pancaroba ini dan pada malam ini (semalam).
“Saya amat terperanjat menerima berita terkini mengenai saya di beberapa ruangan media tempatan,” tulisnya.
Menurut Hazami, dia kini berada di rumah ibunya untuk berehat di samping meneruskan rawatan susulan di hospital nanti.
“Alhamdulillah, saya masih lagi diberi kudrat dan nafas untuk terus berbakti di dunia seni hiburan tanahair,” tambahnya lagi.
“Jika terdapat sebarang khabar angin atau berita yang kurang menyenangkan mengenai saya, saya amat berharap dahuluilah dengan bertanya dan mendapat berita yang sahih sebelum sebarang cerita di keluarkan,” katanya. – SINAR HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.