Minuman Upin Ipin Tiada Dadah

KUALA LUMPUR – Air minuman jenama Upin Ipin dikatakan mengandungi dadah. Ia berikutan penyebaran gambar tangkapan beberapa orang remaja di sebuah hotel bersama minuman perisa teh lemon ais dan anggur jenama Upin Ipin yang telah dicampurkan dadah.

Terdapat juga mesej di aplikasi WhatsApp agar pengguna berhati-hati dan tidak meminum air jenama tersebut.

FAKTA

Pengarah Urusan Upin Ipin Food Sdn Bhd, Afzaruddin Burhanuddin memberi jaminan air minuman keluaran syarikat itu adalah selamat. Katanya, sampel diperolehi polis adalah botol yang telah dipakej semula oleh sindiket dadah dengan meletakkan air ketum bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Kes ini sebenarnya bagi botol yang telah dibuka penutupnya dan dicampur dengan dadah. Ikut pasaran dijual RM30 sebotol.

“Minuman yang dijual di kedai adalah selamat diminum,” katanya dalam kenyataan, semalam. – SINAR HARIAN

 

dadah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.