Hujan Lebat Diramal Landa Lembah Klang Sehingga Ahad

KUALA LUMPUR – Hujan lebat dan angin kencang yang melanda Lembah Klang setiap petang sejak Isnin lepas dijangka berterusan sehingga Ahad ini.

Jurucakap Jabatan Meteorologi berkata keadaan itu berlaku berikutan perubahan angin dan sistem tekanan rendah di Lautan Pasifik.

Katanya keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Keadaan yang sama diramal berlaku di bahagian utara negara bermula hujung minggu depan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Wilayah Persekutuan, Lt. Kol (PA) Mohd Zubir Mohd Juzad berkata pihaknya telah bersedia untuk menghadapi fenomena luar jangkaan itu termasuk menambah bilangan anggota.

Beliau berkata JPAM juga akan melakukan tinjauan di beberapa kawasan yang dikenal pasti menghadapi kemungkinan akan dinaiki air. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.