Mahkamah Tolak Permohonan The Edge Tangguh Penggantungan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan The Edge Communications Sdn Bhd untuk menangguhkan keputusan Menteri Dalam Negeri menggantung dua penerbitan akhbarnya selama tiga bulan.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan itu dalam kamar beliau yang turut dihadiri Peguam Kanan Persekutuan, Alive Loke dan Darryl Goon bagi The Edge Communications.

Asmabi menetapkan pada 7 September ini bagi mendengar permohonan semakan kehakiman bagi mencabar penggantungan itu. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.