Sultan Selangor Rasmi Masjid Bandar Puncak Alam

Majlis Penyerahan Masjid Bandar Puncak Alam kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah diadakan baru-baru ini dan dirasmikan oleh DYMM Sultan Sharafudin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor yang disaksikan Menteri Besar Selangor dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Selangor.

Masjid Bandar Puncak Alam ini telah diwakafkan kepada MAIS melalui penyerahan kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor.

puncak2

Pada majlis tersebut juga DYMM Sultan Selangor turut berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada Anak-Anak Yatim, Fakir Miskin dan saudara baru.

Masjid yang dibina dengan bercirikan ukiran dari timur tengah ini boleh memuatkan 5000 orang jemaah pada satu masa.

Masjid yang menelan kos RM30 juta termasuk kos pembinaan serta keunikan seni ukiran Islam ini telah dibuat dan dicadangkan oleh Tan Sri Rozali Ismail.

Beliau merupakan Presiden Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF), anak jati FELDA Gedangsa, Hulu Selangor dan juga seorang Generasi FELDA yang berjaya.

puncak1

puncak3

puncak5

puncak7

puncak8

puncak9

puncak10

puncak6

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.