Wanita Rempuh Bangunan Pejabat, Bakar Diri

KUALA LUMPUR: Seorang wanita dipercayai cuba membunuh diri dengan merempuh bangunan pejabat sebelum membakar dirinya, dalam kejadian di Bangsar South, dekat sini, pada jam 5 petang tadi.

Wanita itu dikatakan bekas pekerja sebuah syarikat di bangunan itu dan dipercayai bertindak sedemikian selepas tidak berpuas hati dengan syarikat berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, berkata mangsa yang melecur hampir 50 peratus keseluruhan tubuhnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Sepasukan anggota polis sudah dihantar ke lokasi untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian itu,” katanya ketika dihubungi, sebentar tadi. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.