Najib Hadir Program Doa Untuk Malaysia

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak tiba di Dataran Merdeka, di sini untuk menghadiri program Doa Untuk Malaysia, sebentar tadi. Program itu antaranya bermatlamat mendoakan kesejahteraan dan keamanan negara daripada pelbagai tragedi dan bencana besar seperti berlaku sebelum ini.

Ini termasuk kehilangan pesawat MH370, nahas pesawat MH17, banjir besar di Pantai Timur Semenanjung dan gempa bumi di Gunung Kinabalu, Ranau, Sabah.

Program itu anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia bersama Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Yayasan Pendidikan Cheras, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak; dan Ketua Pengarah JASA, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.