Cub Prix: Ujian Masa – Afif Catat Masa Terpantas

KANGAR – Ahmad Afif Amran memperaga aksi cemerlang sebaik saingan separuh musim kedua Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bermula apabila muncul pelumba terpantas pada sesi ujian masa pusingan keenam kejuaraan yang berlangsung di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis, Sabtu.

Pelumba PETRONAS Yamaha-CKJ itu melakukan masa terbaik 42.828s pada pusingan keempat sesi ujian masa meninggalkan Mohd Azhar Abdul Jalil (Motul Yamaha YY Pang) 0.303s di belakang dengan masa 43.131s sekalipun masalah komunikasi bersama krew pasukan menyaksikan Afif menamatkan sesi ujian masa lebih awal berbanding pelumba lain.

Ahmad Afif Amran hopes to secure a front row start in the SuperPole on Sunday
Ahmad Afif Amran

Rakan sepasukan Afif, Mohd Affendi Rosli muncul pelumba ketiga terpantas dengan masa 43.187s.

Sementara itu, pendahulu keseluruhan, Ahmad Fazrul Sham (Yamalube AHM) masih berupaya mencatat masa keempat terpantas untuk melayakkan diri beraksi di sesi Superpole dengan catatan masa 43.220s sekalipun terjatuh sebanyak dua kali ketika sesi latihan.

“Saya gagal untuk memahami arahan pasukan ketika mereka meminta saya masuk ke pit untuk berehat seketika setelah mencatat masa terpantas namun saya pula menolak jentera saya ke tempat pemeriksaan jentera dan tidak dapat kembali ke litar semula selepas itu.”

“Mujurlah pelumba-pelumba lain gagal untuk mengatasi catatan saya. Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan jentera yang disediakan pasukan malah kesempatan berlari mengelilingi litar pada petang semalam juga turut memudahkan saya memahami keadaan dan bentuk litar,” jelas Afif.

Kasma Daniel in action during the Melaka Cub Prix
Kasma Daniel

Sementara itu, pendahulu keseluruhan kategori CP115, Kasma Daniel Kasmayudin memberi amaran awal untuk terus menguasai perlumbaan akhir setelah berjaya mencatat masa terpantas sesi ujian masa.

Pelumba PETRONAS Yamaha Maju Motor itu telah meraih tiga kemenangan berturut-turut sebelum ini bermula pusingan ketiga di Muar mencatat masa terpantas dengan masa 43.691s mengatasi juara bertahan, Mohd Izzat Zaidi Salehan (Motul Yamaha YY Pang) yang mencatat masa terbaik 43.762s.

Mohd Fareez Afeez (Felda PB Racing) terus membuktikan dirinya antara pelumba perlu diberi perhatian pada musim ini setelah mencatat masa ketiga terpantas dengan catatan 44.114s sambil Tengku Amirul Haffiruddin dan Azam Omar (PETRONAS Yamaha-CKJ) melengkapkan senarai lima pelumba terpantas.

Khairul Ikhwan Ajis menamatkan dominasi Harith Farhan Baharin setelah muncul pelumba terpantas bagi kategori Wira.

Pelumba Espaada William Racing itu mencatat masa terpantas 44.746s manakala seteru utama dari pasukan Kozi Yam Honda Racing itu kedua dengan masa 44.812s.

Sementara itu, rakan sepasukan Khairul, Amirul Hakim Mohd Rizal ketiga dengan masa 45.106s sambil Qhuwarismi Mohd Nasir (Weststar Motorsport) dan Izzat Rafiq (Team PETRONAS Yamaha) turut berada dalam senarai lima pelumba terpantas sesi ujan masa tersebut.

Ahmad Afif Amran during the CP130 practice in Kangar
Ahmad Afif Amran

Keputusan Ujian Masa
CP130
1. Ahmad Afif Amran (Yamaha) 42.828s
2. Azhar Abdul Jalil (Yamaha) 43.131s
3. Affendi Rosli (Yamaha) 43.187s
4. Ahmad Fazrul Sham (Yamaha) 43.220s
5. Zaqhwan Zaidi (Honda) 43.238s

CP115
1. Kasma Daniel Kasmayudin (Yamaha) 43.691s
2. Izzat Zaidi Salehan (Yamaha) 43.762s
3. Fareez Afeez (Yamaha) 44.114s
4. Tengku Amirul Hafiruddin (Yamaha) 44.150s
5. Azam Omar (Yamaha) 44.211s

WIRA
1. Khairul Ikhwan Ajis (Yamaha) 44.746s
2. Harith Farhan Baharin (Honda) 44.812s
3. Amirul Hakim Mohd Rizal (Yamaha) 45.106s
4. Qhuwarismi Mohd Nasir (Yamaha) 45.253s
5. Izzat Rafiq (Yamaha) 45.493s

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.