Jenazah 4 Rakyat Malaysia Tiba Dari Bangkok Malam Ini

GEORGETOWN: Jenazah empat rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi pengeboman di tengah Bangkok malam kelmarin, dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, jam 10.20 malam ini.

Empat rakyat Malaysia itu adalah mendiang Lee Tze Siang dan anak beliau, Lee Jing Xuan, Lim Saw Gek dan anaknya Neoh Jai Jun.

Jenazah mendiang akan diiringi waris terdekat dan seorang pegawai kedutaan.

Kesemuanya akan diterbangkan menerusi Lapangan Terbang Suvarnabhum, Bangkok, ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Wisma Putra dalam kenyataannya berkata, seorang lagi rakyat Malaysia, Neoh Hock Guan dilaporkan mengalami kecederaan dan menerima rawatan di Police General Hospital.

Ini menjadikan bilangan mangsa rakyat Malaysia yang tercedera kini meningkat kepada tiga (3) orang. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.