Letupan Bangkok: Warga Malaysia Kelima Disahkan Maut

BUTTERWORTH: Pelancong warga Malaysia, Lim Su See, 52, disahkan maut dalam insiden letupan di kuil di Bangkok pada Isnin lalu.

Seorang rakan terdekat kepada keluarga itu, Visen Lim Gim Seong, 52, memberitahu The Star bahawa pihak berkuasa menjumpai mayatnya pada kira-kira tengah malam Selasa.

“Mayatnya akan dibawa balik esok malam selepas prosedur bedah siasat dilakukan,” katanya ketika dihubungi.

Su See yang merupakan kakak kepada mangsa yang turut maut, Lim Saw Gek, 49.

Turut terbunuh dalam letupan itu ialah anak lelaki Saw Gek, Neoh Jai Jun, 20, menantu lelakinya, Lee Tze Siang, 35 dan cucunya, Lee Jing Xuan berusia empat tahun.

Suami Saw Gek, Neoh Hock Guan, 55, terselamat dalam insiden itu namun mengalami kecederaan manakala anak perempuan Saw Gek yang sedang mengandung lima bulan turut terselamat tanpa kecederaan berikutan dia tidak berada di tempat kejadian. – MSTAR ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.