Mereka Ambil Tindakan Terdesak Walhal Kes Masih Berjalan – Anuar Manap

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sekijang merangkap Presiden Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM), Anuar Abd Manap, hari ini mempertikaikan tindakan terdesak segelintir pihak berkepentingan yang mempolemikkan kes mahkamah yang melibatkan beliau, Presiden Pertubuhan Anak FELDA (ANAK) – Mazlan Aliman dan Wan Zawawi.

Anuar tampil memberikan kenyataan rasmi apabila terdapat poster dan kenyataan yang disebarluas (viral) di laman media sosial berkaitan kes sivil tersebut.

Kes sivil antara Anuar Abd Manap, Mazlan Aliman dan Wan Zawawi sedang berlangsung dan masih dalam perbicaraan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

“Saya mengambil ketetapan untuk mengeluarkan kenyataan setelah terdapat kenyataan negatif di media sosial berkaitan isu ini yang seolah-olah meletakkan saya sebagai defendan, telah disabitkan bersalah dan bertujuan menghina kredibiliti saya dengan mempersoalkan kewajaran kes ini dibicarakan,” ujar Anuar kepada FeldaVoice.

“Kes masih lagi berjalan dan bila ada pihak yang keluarkan kenyataan negatif dan tidak bertanggungjawab, ianya dilihat seolah-olah tindakan terdesak oleh pihak berkepentingan untuk menjatuhkan hukuman sebelum mahkamah membuat keputusan,” tambah beliau.

“Dalam kes ini Mazlan menuntut kepada pihak kami membayar RM50,000, walhal dia (Mazlan) yang telah melanggar terma perjanjian.”

“Sepatutnya kenyataan kepada media mestilah tidak memihak tetapi, apa yang terjadi sekarang ini berbagai kenyataan yang dikeluarkan media terutama media pro-pembangkang yang berat sebelah,” katanya.

 

anuar mazlan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.