Mural Di Pulau Pinang Diconteng

GEORGE TOWN: Lukisan mural dan arca imej dua kanak-kanak menaiki basikal yang terkenal di Pulau Pinang disembur cat kuning oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Bahan seni yang terletak di Jalan Armenian itu diconteng dengan grafiti ‘#4.0’.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan awal pagi Rabu.

Sebuah kedai runcit berhampiran dan kereta yang diletakkan berhampiran mural berkenaan juga dirosakkan. – MSTAR ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.