PMSP Desak SKMM Sekat Lawan Sesawang Malaysiakini

CYBERJAYA – Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mendesak agar menyekat laman sesawang Malaysiakini dengan segera.

Presiden PMSP Ramesh Rao berkata desakan tersebut dibuat kerana Malaysiakini didakwanya sering mengeluarkan berita-berita kontroversi yang tidak tepat serta memfitnah.

“Malah, Malaysiakini tidak pernah membuat permohonan maaf secara terbuka jika mereka melaporkan berita tidak tepat tetapi hanya meletakkan perkataan ‘ralat’ yang kecil di bawah berita mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum tersebut kepada Ketua Jabatan Perlindungan dan Biro Aduan Pengguna SKMM Ratnawaty Talib di sini.

Beliau berkata salinan memorandum itu juga akan diserahkan ke pejabat Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak pada hari ini. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.