SPM : Syarat Wajib Lulus Bahasa Inggeris, Peperiksaan Pusat Amali Sains Ditangguhkan

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan menangguhkan syarat wajib lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), yang sepatutnya berkuat kuasa mulai tahun depan.

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan hari ini, penangguhan itu bertujuan memberi ruang dan peluang kepada guru, murid serta pihak berkaitan membuat persediaan yang lebih rapi.

Lembaga Peperiksaan turut mengumumkan Peperiksaan Pusat Amali Sains membabitkan mata pelajaran Fizik (Kod 4531), Kimia (Kod 4541), Biologi (Kod 4551) dan Sains Tambahan (Kod 4561) yang sepatutnya dilaksanakan dalam SPM mulai tahun depan juga ditangguhkan.

Penangguhan itu bertujuan memastikan fasiliti dan kelengkapan bilik makmal sains sekolah di seluruh negara mencapai piawaian yang ditetapkan sebelum peperiksaan itu dilaksanakan, katanya.

“Kementerian Pendidikan berharap semua pihak yang berkaitan mengambil maklum berkenaan penangguhan ini,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.