Tiada Pembatalan Penerbangan Ke Bangkok – MAS

KUALA LUMPUR: Tiada pembatalan penerbangan ke Bangkok berikutan insiden letupan bom dekat kuil Erawan di Daerah Ratchaprasong di ibu negara Thailand itu pada Isnin malam, menurut Malaysia Airlines (MAS).

Pengurus Kanan (Jualan Serantau) MAS Kathleen Leong berkata letupan itu tidak menjejaskan operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

“Bagaimanapun, kami masih menunggu nasihat perjalanan daripada Kementerian Luar berhubung insiden itu.

“Kami tidak mahu membuat apa-apa andaian berhubung insiden itu. MAS menjalankan operasi seperti biasa,” katanya pada sidang media di Wisma Matta (Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia) di sini, Rabu.

Dalam insiden letupan bom pada Isnin, empat rakyat Malaysia antara 20 yang maut. – MSTAR ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.