AEC Beri Manfaat Dan Pada Masa Sama Mencabar – FGV

KUALA LUMPUR – Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC), yang akan ditubuhkan pada Disember tahun ini, memberi manfaat dan pada masa sama mencabar bagi komuniti perniagaan, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Bhd Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah.

Menurut beliau, secara umum, AEC membuka peluang kepada 650 juta orang di rantau ini dan juga pertumbuhan ekonomi.

Bagaimanapun, wujud cabaran dari segi menyelaras pengawalseliaan, dasar dan infrastruktur.

Dalam hal ini, katanya FVG bimbang mengenai kemungkinan perubahan dalam dasar, berikutan kumpulan sedang mengukuhkan kehadirannya di rantau ASEAN melalui pelan pelaburan.

“Apa yang kami bimbangkan ialah jika (dalam tempoh jangka panjang), akan terdapat perubahan dalam kerajaan dan dasar. Keadaan (sedemikian) akan memberi kesan kepada FGV,” katanya di luar Sidang Kemuncak Asia Tenggara 2015 anjuran penerbitan yang berpangkalan di Britain, The Economist.

Beliau berkata ia merupakan cabaran yang perlu diambil kira oleh perniagaan. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.