Perdana Menteri Pertahan Rekod Malaysia

KUALA LUMPUR – Berikut ialah intipati kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini semalam untuk menangkis kritikan terhadap Malaysia dan kerajaan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pejabat Perdana Menteri berkara perkata itu dibangkitkan oleh Najib ketika berucap pada siri ke-26 Ceramah Tunku Abdul Rahman.

* Dari 2009 hingga 2014, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat sebanyak 47.7 peratus.

* 1.8 juta peluang pekerjaan telah diwujudkan sejak pelancaran Program Transformasi Ekonomi pada 2010.

* Defisit Malaysia telah berkurangan selama enam tahun berturut-turut dan dalam jumlah pelaburan telah mencecah rekod baharu.

* Sejak 2009, pendapatan bawah 40 peratus isi rumah telah meningkat dengan kadar pertumbuhan tahunan 12 peratus, lebih tinggi daripada purata kebangsaan lapan peratus.

* Melalui pelaksanaan undang-undang gaji minimum, kerajaan berjaya mengeluarkan 2.9 juta orang daripada garis kemiskinan mutlak.

* Kadar pengganguran telah menurun daripada 3.7 peratus pada 2009 kepada hanya di bawah tiga peratus.

* Dalam laporan bertajuk ‘Favorable Prospects for Malaysia’s Diversified Economy’, Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) mengiktiraf kemajuan Malaysia dan melahirkan keyakinan bahawa pertumbuhan negara kemungkinan akan terus positif pada 2015 walaupun harga tenaga adalah rendah.

* Bank Dunia dan Forum Ekonomi Dunia menyenaraikan Malaysia menghuni antara ranking tertinggi dalam kalangan negara mudah untuk menjalankan perniagaan dan daya saing dengan Bloomberg meletakkan Malaysia di kedudukan kelima dunia sebagai pasaran baru muncul pada 2015.

* Pada Januari, Moody mengekalkan penarafan Malaysia pada A3 dengan unjuran yang positif.

* Pada Februari, Standard and Poor mengekalkan penarafan A Malaysia dengan unjuran yang stabil.

* Baru-baru ini, Fitch mengekalkan penarafan A Malaysia – dan menaik taraf unjuran daripada negatif kepada stabil.

* Di bidang sosial, Perdana Menteri menyatakan bahawa kerajaan telah menyaksikan peningkatan kebebasan yang meluas dalam sejarah negara.

* Ini termasuk, antara lain, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA) dan Ordinan Darurat, Akta Buang Negeri dan Akta Kediaman Terhad.

* Memperkenalkan undang-undang seperti Akta Perhimpunan Aman yang meminda undang-undang untuk membolehkan komuniti pelajar Malaysia yang aktif menyertai politik.

* Perdana Menteri menjelaskan bahawa ‘kebebasan hendaklah disusuli dengan tanggungjawab’.”

* Di pentas antarabangsa, Malaysia mencapai kejayaan seperti terbukti apabila mengambil alih sebagai Pengerusi ASEAN, dan dilantik sebagai amggota tidak tetap dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu.

* Meningkatkan hubungan dengan negara-negara seperti Amerika Syarikat dan China. Ini hanyalah beberapa contoh kepimpinan negara yang semakin kukuh dan berkembang di arena global. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.