20 Tahun Yang Bermakna Buat Cikgu Samsiah Di FELDA

KUANTAN – Pengalaman dikejar anjing ketika mahu ke sekolah antara peristiwa yang tidak dapat dilupakan Samsiah Saingiring, 56 sepanjang bergelar pendidik lebih 20 tahun lalu.

Menurutnya, ramai yang menganggap tugas guru sesuatu yang mudah, namun jika tidak berbekalkan semangat serta kesabaran, tanggungjawab ini tidak mudah digalas.

“Banyak perbezaan antara guru sekarang dan dahulu. Jika difikirkan semula, saya sendiri tidak menyangka akan meneruskan kerjaya ini sehingga tamat perkhidmatan.

“Semasa awal perkhidmatan saya ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Palong, 2, Gemas Negeri Sembilan.

“Ketika itu, kawasan Felda bukan seperti sekarang. Tempat jauh di pedalaman itu sememangnya asing bagi saya, namun demi anak bangsa saya kuatkan semangat,” katanya.

Beliau yang bersara sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Fakeh Abdul Samad pernah berkhidmat di tiga buah sekolah menengah dan empat buah sekolah rendah bermula tahun 1984 hingga Ogos 2015.

Sepanjang perkhidmatan, beliau pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 1996 dan 2014.

Samsiah juga pernah menjadi guru ABIM sebelum masuk ke maktab perguruan.

“Saya pernah mengajar di beberapa buah yang baru dibuka. Bayangkan tugas saya bukan sekadar mengajar sahaja, malah tugas menceriakan sekolah dibuat bersama cikgu-cikgu yang lain.

Katanya, seorang guru tidak mengharapkan balasan daripada muridnya, cukuplah sekadar ilmu yang mereka curahkan itu bermanfaat untuk masa depan anak didik. – SINAR HARIAN

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.