Anak Maut Akibat Ibu Leka Main Telefon

ZHENGZHOU – CHINA. Gara-gara kecuaian seorang ibu yang leka bermain telefon, seorang kanak-kanak lelaki dua tahun maut dilanggar kereta di sebuah pusat membeli belah di sini, semalam.

Memetik laporan Tencent News, kanak-kanak tersebut maut dilanggar oleh sebuah kereta jenis SUV di tempat letak kereta pasaraya tersebut.

Menurut seorang saksi, kanak-kanak tersebut bermain di tepi jalan seorang diri sementera ibunya pula dilihat leka bermain telefon bimbit tanpa mempedulikan anaknya itu.

Pemandu dilaporkan tidak sempat untuk mengelak kanak-kanak malang itu yang secara tiba-tiba berlari ke arah kereta tersebut.

Kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

Sementara itu, pemandu kereta tersebut kini ditahan untuk soal siasat. – SINAR HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.