Jangan Sertai Perhimpunan Bersih 4.0 Di Padang Merdeka – KP Sarawak

KUCHING: Orang ramai dinasihat supaya tidak menyertai perhimpunan Bersih 4.0 di Padang Merdeka di sini mulai pukul 2 petang pada 29 Ogos untuk mengelakkan tindakan diambil terhadap mereka.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Sri Muhammad Sabtu Osman memberikan nasihat itu dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad telah dimaklumkan mengenai rancangan untuk menganjurkan perhimpunan di sana oleh penganjurnya Nicholas Mujah Anson.

“Roslan kemudian merujukkan perkara itu kepada kerajaan negeri, yang memutuskan untuk tidak membenarkan Padang Merdeka digunakan pada tarikh dan masa itu.

“Justeru, oleh kerana pihak penganjur gagal mendapat kebenaran, polis tidak membenarkan perhimpunan diadakan di sana,” katanya.

Muhammad Sabtu berkata polis akan bertindak untuk menguatkuasakan undang-undang jika orang ramai atau pihak penganjur gagal mematuhi nasihat tersebut. – MSTAR ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.