Lebih 500 Bantah Roboh Kampung Mutiara

BATU FERRINGHI : Lebih 500 penduduk di sekitar Batu Ferringhi bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta UMNO negeri, berkumpul bagi menyatakan bantahan terhadap perobohan rumah penduduk Kampung Mutiara, di sini.

Kampung Melayu yang dibina sejak 48 tahun itu dijangka dirobohkan hari ini selepas notis arahan pengosongan mahkamah berakhir hari ini.

Sebanyak 38 rumah membabitkan 66 keluarga akan kehilangan tempat tinggal berikutan tiada sebarang rundingan diadakan antara pemilik tanah dan penduduk kampung. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.