Lisa Surihani Ceria Menjelang Kelahiran Bayi

KUALA LUMPUR: Tinggal lebih kurang sebulan sahaja pasangan selebriti Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim bakal menerima kehadiran sinar baru dalam hidup mereka.

Menerusi gambar yang dikongsikan oleh rakan-rakan artis di akaun sosial Instagram, Lisa dan Yusry dilihat begitu teruja meraikan detik indah menjelang kelahiran anak sulung mereka menerusi satu majlis semalam.

Pelakon yang popular menerusi filem Papa, I Love You itu nampak berseri-seri sepanjang majlis berlangsung dan dimeriahkan dengan hadiah dari tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan terdekat.

Lisa turut meluahkan rasa syukurnya dengan kelancaran majlis menerusi kapsyen yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Majlis yang bertemakan serba putih itu disinari dengan keserian wajah Lisa menggayakan kaftan berona putih.

“Syukur Alhamdulillah, majlis doa selamat menyambut kelahiran pada 15 Ogos dan kejutan yang dirancang oleh rakan rapat pada 23 Ogos ternyata memberi kenangan cukup indah buat kami berdua.

“Terima kasih kepada semua yang menjadikan memori ini begitu bermakna dan akan disemat di memori buat selamanya,” tulis Lisa di status gambar miliknya. – BERITA HARIAN

24lisa4.transformed

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.