MAT MBF Wilayah 2015: Selamat Bersidang Para Belia FELDA

KUALA LUMPUR – Bermula Sabtu, 22hb Ogos lalu sehingga awal September, Majlis Belia FELDA Wilayah di semua 11 buah Wilayah FELDA akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi tahun 2015.

Setiausaha Agung Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM), Mohd Fauzi Mat Adam berharap kesemua 11 buah Wilayah dapat menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan dengan lancar.

“Semoga semuanya berjalan lancar dan para perwakilan dapat menunaikan amanah yang diberikan dengan jayanya pada Mesyuarat Agung Tahunan MBFM Wilayah. Sebarang usul, cadangan dan hasil dari mesyuarat nanti adalah sesuatu yang penting dalam mengambarkan keutuhan kita berorganisasi,” ujar Fauzi.

“Sebagai NGO utama yang diiktiraf pihak FELDA bagi mewakili golongan belia dan beliawanis FELDA di seluruh negara, suara perwakilan adalah suara akar umbi yang pastinya akan menjadi fokus kepada kami, pihak FELDA dan pihak kerajaan amnya,” jelas beliau.

“Saya juga berharap supaya hati-hati kita selalu ditautkan dan mesyuarat ini kelak akan membuatkan kita lebih bersatu padu dalam menghadapi dunia hari ini yang begitu mencabar.”

“Sebagai warga FELDA, mencipta kejayaan untuk 50 tahun pertama telah kita gapai. Namun yang lebih mencabar ialah bagaimana kita harus menguruskan kejayaan untuk 50 tahun kedua. Itu semua adalah tanggungjawab kita sebagai generasi pewaris FELDA dan saya sangat berkeyakinan bahawa kita di MBFM mampu merealisasikan jika kita sentiasa sehati sejiwa dan mencari jalan pro aktif dari setiap genap perkara,” tambah Fauzi lagi.

“Bagi pihak MBFM Kebangsaan, saya ucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan di 11 Wilayah,” akhiri beliau.

fauzi sua mbfm

Tarikh Mesyuarat Agong MBF Wilayah adalah seperti berikut;

1. 22hb Ogos 2015 (Sabtu) – Trolak, Terengganu dan Sahabat

2. 24hb Ogos 2015 (Isnin) – Mempaga dan Gua Musang

3. 27hb Ogos 2015 (Khamis) – Jengka

4. 28hb Ogos 2015 (Jumaat)  – Alor Star

5. *** 29hb Ogos 2015 (Sabtu) – Kuantan

6. 5hb September 2015 (Sabtu) – Segamat

7. 6hb September 2015 (Ahad) – Johor Bharu dan Raja Alias.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.