Pimpinan MBF Wilayah Segamat Berkunjung Ke FELDA Pemanis 1

Baru-baru ini pimpinan Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) Wilayah Segamat telah mengadakan kunjungan ke FELDA Pemanis 1 kerana melawat salah seorang EXCO MBFM Segamat, Mohd Hairul Jemiram yang sedang menghidap penyakit buah pinggang.

Hairul yang telah beberapa tahun menghidap penyakit ini dan sering berulang-alik ke hospital setiap minggu merupakan seorang pemimpin yang dihormati di kalangan warga pimpinan MBFM Segamat.

Keprihatinan dan semangat setiakawan sesama pimpinan MBFM Wilayah Segamat adalah sikap yang telah lama ada dalam diri setiap pemimpin MBFM Wilayah ini.

Pengerusi MBFM Melaka, Iqmal Mahadi turut serta bersama selain pimpinan MBFM Segamat yang lain.

segamat2

segamat3Wartawan: Nizar Hisyam

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.