Jawi Gagal Merayu Kes Rampasan Buku Irshad Manji

PUTRAJAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) gagal mendapat kebenaran merayu berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan rampasan buku kontroversi karangan Irshad Manji dari kedai buku Borders, tidak sah di sisi undang-undang.

Panel tiga hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang bersidang bersama Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop sebulat suara menolak permohonan ketiga-tiganya untuk mendapat kebenaran merayu.

Dengan keputusan itu, tindakan pegawai Jawi menyerbu, menggeledah dan merampas buku berjudul Allah, Kebebasan dan Cinta dan Allah, Liberty and Love pada 23 Mei 2012 di Borders, The Gardens Mall, Mid Valley City di ibu negara, tidak sah. – MSTAR ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.