MAT MBF Gua Musang Tekankan Usul Perumahan Generasi Baharu

Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) Wilayah Gua Musang 2015 yang diadakan baru-baru ini telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Inovasi FELDA, Nik Nasrul Mohd Zainudin.

Isu perumahan menjadi agenda utama dalam pembentangan usul oleh MBF Wilayah Gua Musang, Kelantan, memandangkan isu perumahan generasi baharu telah menjadi keutamaan kepada semua warga belia FELDA diseluruh negara.

Para perwakilan yang bersidang membahaskan usul agar Projek Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) dapat disegerakan perlaksanaannya di FELDA Wilayah Gua Musang.

Perwakilan juga turut mencadangkan supaya lot-lot kosong di tanah rancangan diberikan kepada belia yang mampu untuk membina penempatan sendiri.

Ini adalah sebagai langkah tambahan yang dicadangkan bagi mengatasi masalah perumahan bagi generasi baharu di FELDA Wilayah Gua Musang.

Selain usul berkaitan perumahan belia FELDA, persidangan turut membawa usul yang berkaitan dengan elaun khas.

Usul berkaitan elaun khas kepada Setiausaha MBFM telah dibawa oleh perwakilan.

Selain itu, perwakilan turut mencadangkan supaya elaun khas diberikan secara berterusan kepada persatuan belia MBFM.

Ini adalah kerana sebelum ini elaun khas dan peruntukan hanya disalurkan bila permohonan dibuat oleh persatuan belia MBFM.

gm6

gm7

gm1

gm2

gm3

gm4Wartawan: Nizar Hisyam

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.