Tindakan Tataterbib Ke Atas Penjawat Awam Sertai Perhimpunan Bersih 4.0

MELAKA – Penjawat awam di Melaka bakal berdepan tindakan tatatertib sekiranya menyertai Perhimpunan Bersih 4.0 yang dijangka diadakan di Kuala Lumpur hujung minggu ini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron berkata, pemantauan akan dilakukan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Naim Abu Bakar bagi mengenal pasti mereka yang terlibat.

“Kita akan melihat apa tindakan daripada pengurusan dan pentadbiran negeri untuk penjawat awam yang terlibat menyertai perhimpunan itu,” katanya.

Beliau berkata perhimpunan tersebut perlu dihindari kerana penganjurannya hanya bertujuan untuk memuaskan hati segelintir pihak yang iri hati dengan kemajuan dan pembangunan di negara ini.

Katanya perhimpunan berkenaan boleh mencetuskan suasana huru-hara dan memberi tanggapan negatif kepada pelabur asing, sekali gus menjejaskan ekonomi negara.

Polis Kuala Lumpur menganggap perhimpunan Bersih 4.0 tidak dibenarkan atau haram kerana tidak memenuhi syarat perhimpunan aman. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.