17 Aktivis Mahasiswa Protes Luar Parlimen Direman Sehingga Jumaat

KUALA LUMPUR: Seramai 17 aktivis mahasiswa yang ditahan polis malam Selasa kerana melakukan protes dengan berkhemah di luar bangunan Parlimen di sini, direman sehingga Jumaat ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Munusamy berkata, mahasiswa itu termasuk tiga pelajar wanita ditahan kira-kira 10.30 malam Selasa kerana terlibat dalam protes duduk #OccupyParliament yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak meletak jawatan.

Antara yang ditahan ialah Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (PMUM), Ammar Atan.

Munusamy berkata, polis memberikan masa lebih 24 jam kepada kumpulan itu sebelum meminta mereka bersurai, namun arahan itu tidak diendahkan.

Mereka kemudian dibawa ke lokap Balai Polis Jinjang untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 142(B) dan 124(B) Kanun Keseksaan. – MSTAR ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.