Najib Seru Rakyat Kibar Jalur Gemilang Sempena Hari Kebangsaan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015, Isnin ini.

Najib di dalam catatan terbaharunya di laman sosial Facebook turut menggesa rakyat agar mengenepikan perbezaan dan tidak mempolitikkan Hari Kebangsaan yang merupakan tarikh bersejarah negara.

“31 Ogos adalah hari di mana kita bersama-sama menyambut kemerdekaan, hari yang amat bermakna dalam sejarah negara.

Ketepikanlah perbezaan, usah mempolitikkan hari yang bersejarah ini. Kita kibarkan Jalur Gemilang bersama!,” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.