ARRC: Norizman Ismail Ceriakan Kem Negara Di Thailand

BURIRAM – Norizman Ismail berjaya menceriakan kem negara apabila berjaya menghadiahkan gelaran juara bagi kategori Underbone 130cc setelah menamatkan lapan pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 17’37.225s.

Pelumba Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing itu menewaskan pelumba juara Perlumbaan 1, Gupita Kresna Wardhana (Manual Tech KYT Rextor) yang menamatkan saingan di tempat kedua dengan masa 17’37.413s dan Ferlando Herdian (BKMS Indonesia Racing Team) ketiga, 17’37.561s.

Norizman kini menghuni tangga kedua keseluruhan dengan mengumpul 118 mata, 33 mata di belakang pendahulu, Gupita yang mengumpul 151 mata manakala Ferlando ketiga, 107 mata.

Norizman Ismail won the Underbone 130cc race
Norizman Ismail

Pencabar utama kejuaraan, Yuki Takahashi meraih kemenangan kedua apabila sekali lagi mengungguli perlumbaan SuperSports 600cc pada Pusingan 4 Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, hari ini.

Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu mengulangi pencapaian memenangi Perlumbaan 1, semalam apabila muncul pelumba pertama melintasi garisan penamat untuk menamatkan 16 pusingan Perlumbaan 2 dengan masa keseluruhan 26’50.020s.

Bekas pelumba Moto2 itu selesa mendahului pemenang tempat kedua, Tomoyoshi Koyama (T.Pro Yuzy Honda NTS) dengan kelebihan 8’487s manakala Ahmad Yudhistira (Manual Tech KYT Kawasaki) di tempat ketiga dengan masa 26’58.507s.

Namun, Takahashi sebelum itu diberi tentangan sengit oleh pelumba tuan rumah, Ratthapong Wilairot (AP Honda Racing Thailand) sebelum pelumba itu terjatuh pada pusingan kelima ketika sedang mendahului perlumbaan sebelum kembali meneruskan perlumbaan untuk tamat di kedudukan ke-22.

Yuki Takahashi won Race 2 of the SuperSports 600cc
Yuki Takahashi

“Perlumbaan 2 kali ini lebih sukar berbanding Perlumbaan 1 semalam. Ratthapong sangat pantas mungkin kerana untuk meraih kemenangan di hadapan penyokongnya sendiri namun mungkin faktor tekanan menyebabkan dia melakukan kesilapan dan terjatuh di selekoh kelima pada pertengahan perlumbaan,” jelas Takahashi.

“Selepas itu, meskipun saya agak selesa di hadapan, saya tidak memandang mudah saingan pelumba di belakng apabila terus memberikan aksi terbaik sehingga ke garisan penamat. Saya berterima kasih dan memuji segala usaha dan kerja keras dalam mempersiapkan jentera sepanjang perlumbaan minggu ini.”

Selepas empat pusingan, Takahashi mendahului kedudukan keseluruhan dengan mengumpul 127 mata, 10 mata meninggalkan Koyama di kedudukan kedua dengan 117 mata manakala Yuki Ito (PETRONAS Hong Leong Yamaha) yang menamatkan perlumbaan di tempat keempat di tangga ketiga dengan 91 mata.

Dalam saingan Asia Production 250cc, Nakarin Atiratphuvapat turut merekod kemenangan berganda setelah muncul juara perlumbaan dengan masa 20’02.246s menewaskan rakan sepasukan, Sitthisak Onchawiang di tempat kedua dengan hanya 0.247s di belakang.

Takehiro Yamamoto (Trickstar Racing) pula terus mengekalkan aksi konsisten di atas podium setelah meraih tempat ketiga dengan masa 20’02.552s sekaligus mendahului senarai keseluruhan pelumba dengan 136 mata.

Malang buat pendahulu, Apiwat Wongthananon apabila terjatuh pada selekoh terakhir ketika bersaing sengit bersama rakan sepasukan, Nakarin namun berjaya bangkit untuk menamatkan perlumbaan di tempat ke-10.

Apiwat turun ke tangga kedua keseluruhan dengan 132 mata manakala Nakarin semakin merapatkan jurang mata apabila berada di tangga ketiga dengan 119 mata.

SuperSports 600cc podium - P1 Yuki Takahashi P2 Tomoyoshi Koyama P3 Yudhistira
Podium SuperSport 600cc

 

Results
SuperSports 600cc
Race 2
1. Yuki Takahashi (Honda) 26’50.020s
2. Tomoyoshi Koyama (Honda) 26’58.507s
3. Ahmad Yudhistira (Kawasaki) 26’58.933s
4. Yuki Ito (Yamaha) 29’59.557s
5. Andi Farid Izdihar (Honda) 27’01.727s

Kedudukan Keseluruhan
1. Yuki Takahashi (Honda) 127 mata
2. Tomoyoshi Koyama (Honda) 117 mata
3. Yuki Ito (Yamaha) 91 mata
4. Ahmad Yudhistira (Kawasaki) 87 mata
5. Dimas Ekky Pratama (Honda) 78 mata

Anugerah Berpasukan
1. Musashi Boon Siew Honda Racing 143 mata
2. T.Pro Yuzy Honda NTS 117 mata
3. Astra Honda Racing Team 109 mata
4. PETRONAS Hong Leong Yamaha 91 mata
5. Manual Tech KYT Kawasaki 87 mata

AP250 Podium - P1 Nakarin Athiratphuvapat P2 Sitthisak Onchiaweng P3 Takehiro Yamamoto
Podium AP250

Asia Production 250cc
Perlumbaan 2
1. Nakarin Athiratphuvapat (Honda) 20’02.246s
2. Sitthisak Onchawiang (Honda) 20’02.493s
3. Takehiro Yamamoto (Kawasaki) 20’02.552s
4. Peerapong Boonlert (Yamaha) 20’16.026s
5. Vorapong Malahuan (Honda) 20’16.256s

Kedudukan Keseluruhan
1. Takehiro Yamamoto (Kawasaki) 136 mata
2. Apiwat Wongthananon (Honda) 132 mata
3. Nakarin Athiratphuvapat (Honda) 119 mata
4. Vorapong Malahuan (Honda) 77 mata
5. Ryunosuke Hyodo (Kawasaki) 60 mata

Anugerah Berpasukan
1. AP Honda Racing Thailand 160 mata
2. Trickstar Racing 136 mata
3. Yamaha Factory Racing Indonesia 56 mata
4. YellowCorn Akeno Speed Racing 55 mata
5. Yamaha Thailand Racing Team 40 mata

Underbone 130cc
Perlumbaan 2
1. Norizman Ismail (Honda) 17’37.225s
2. Gupita Kresna (Kawasaki) 17’37.413s
3. Ferlando Herdian (Yamaha) 17’37.561s
4. Elly Idzlianizar Ilias (Honda) 17’37.662s
5. Sasitharen Sukumaran (Honda) 17’37.712s

Kedudukan Keseluruhan
1. Gupita Kresna (Kawasaki) 151 mata
2. Norizman Ismail (Honda) 118 mata
3. Ferlando Herdian (Yamaha) 107 mata
4. Anggi Permana Putra (Yamaha) 99 mata
5. Ahmad Fazrul Sham (Yamaha) 56 mata

Anugerah Berpasukan
1. Manual Tech KYT Rextor 151 mata
2. Harian Metro Y-TEQ SCK Honda 121 mata
3. BKMS Indonesia Racing Team 107 mata
4. PETRONAS Hong Leong Yamaha 78 mata
5. Felda PB Racing 76 mata

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.