Najib Umum Harga Rumah Untuk Generasi Baharu RM60,000 – RM70,000

KUALA TERENGGANU – Perdana Menteri hari ini mengumumkan berita gembira buat warga generasi baharu FELDA mengenai harga rumah yang baru yang mampu dimiliki oleh mereka adalah sekitar RM60,000 sehingga RM70,000.

Pengumuman tersebut dibuat ketika berucap dalam majlis sambutan Hari Peneroka Felda peringkat Kebangsaan 2015 bertema “Mensyukuri Nikmat” di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak di sini, hari ini.

Najib berkata, harga baru yang diumumkan itu adalah bagi membantu secara terus generasi baharu FELDA untuk memiliki rumah sendiri demi memenuhi kemampuan dan kehendak setiap generasi baharu FELDA.

“Pada masa akan datang, kita akan bina lebih banyak rumah dalam lingkungan RM60,000 ke RM70,000, kita kurangkan sedikit bahan dan reka bentuk daripada 1,100 kaki persegi kepada 850 kaki persegi, yang mustahak rumah mampu disewa dan dibeli generasi kedua Felda,” kata Najib.

Sebelum ini, rumah yang dibina di bawah Projek Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) pada awalnya dijual pada harga RM120,000.

Namun, atas pemintaan dan penilaian mengenai kemampuan kos sara hidup setiap keluarga generasi baharu FELDA, pihak kerajaan telah menurunkan harga rumah PGBF sebanyak RM30,000 dan harga barunya menjadi RM90,000.

Pengumuman harga rumah yang baru pada hari ini kata Najib, adalah satu lagi usaha kerajaan dalam membantu kelangsungan hidup generasi baharu FELDA.

Malah, ia dilakukan berdasarkan mengikut peredaran masa dan kehendak generasi baharu FELDA.

Justeru itu, nilai harga rumah yang baru ini akan diterima baik dan disokong sepenuhnya oleh generasi tersebut.

Sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2015 yang dianjurkan kali ini dihadiri oleh 40,000 warga FELDA dari seluruh Malaysia.

Ia menandakan FELDA masih lagi disokong kukuh oleh semua rakyat FELDA dan Malaysia.

IMG_8182

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.