#SehatiSejiwa: 1000 Jalur Gemilang Hiasi Kediaman Mantan GPW FELDA Nenering

PELBAGAI cara dan pendekatan yang dibuat oleh setiap individu dengan cara yang unik bagi menampilkan kelainan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-58.

Jika tahun lalu, FeldaVoice kongsikan kisah menarik dari selatan tanahair iaitu kediaman Samsudin Othman di FELDA Sungai Mas, Kota Tinggi Johor.

Kali ini, kami kongsikan pula kisah menarik sempena Sambutan Kemerdekaan negara dari FELDA Lepang Nenering, Pengkalan Hulu, Perak.

Sempena sambutan kemerdekaan pada tahun ini, mantan GPW FELDA Nenering, Siti Aminah Jais, 63 dan suaminya Md Saad Jam, 67, telah menghias kediaman mereka dengan lebih 1,000 Jalur Gemilang pelbagai saiz bagi membangkitkan lagi semangat cintakan negara.

Pengumpul barangan antik ini, Siti turut menyediakan satu ruang pameran dalam kediamannya dengan mempamerkan koleksi-koleksi barangan antik dari zaman sebelum merdeka yang diwarisi dari peninggalan nenek moyangnya dan juga hadiah dari rakan-rakan.

Selain itu, turut terdapat satu ruangan di kediaman beliau yang mempamerkan sejarah dan gambar-gambar pemimpin-pemimpin negara.

Ruangan tersebut dinamakan sebagai ‘Sudut Patriotik’ bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik dan sayangkan pemimpin dan negara.

Pasangan suami isteri ini juga turut menghias satu pelamin kecil dengan hiasan Jalur Gemilang.

Kos keseluruhan bagi menghias kediaman mereka sempena bulan kemerdekaan ini menelan belanja lebih RM2,000.

Kerja-kerja menghias kediaman ini bermula pada awal Ogos dengan dibantu oleh 11 orang anak pasangan ini dan jiran-jiran.

Kediaman pasangan ini adalah ni No. 130, FELDA Lepang Nenering, 33100 Pengkalan Hulu, Perak.

nenering1

nenering2

nenering3

nenering4

nenering5

nenering6

nenering7

nenering8

nenering10

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.