TPM Menyokong Penubuhan Kelab Motor Storm Rider Junior

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Eksekutif Persatuan Superbike Malaysia (SAM), Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini menzahirkan sokongan terhadap penubuhan dan matlamat penubuhan Storm Rider Junior Malaysia (SRJM).

SRJM merupakan sebuah kelab yang di wujudkan untuk menarik minat golongan muda dalam aktiviti permotoran yang meliputi semua aspek yang berkaitan dengan motosikal bawah 250 cc.

DSC_0251

Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) selaku badan gabungan induk dan dengan kerjasama daripada Kelab Storm Rider GWGF bersama membuka ruang pameran di Asean Ride Festival 2015 yang lalu.

Festival yang telah dianjurkan oleh Persatuan Superbike Malaysia (SAM) telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Eksekutif SAM, Dato’ Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Turut hadir sama di Festival tersebut adalah Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar; Presiden GWGF, Tan Sri Rozali Ismail dan Presiden Gabungan Superbike Malaysia, Datuk Abdul Halim Suleiman.

DSC_0281

Dalam majlis tersebut Ahmad Zahid turut menyerahkan sijil Malaysia Book of Records (MBOR) kepada Abdul Halim selaku Presiden SAM atas penganjuran Festival itu yang berjaya menghimpunkan sebanyak 11,099 penunggang motosikal berkuasa tinggi dari seluruh negara dan beberapa negara ASEAN seperti Singapura, Indonesia, Thailand, Timor Laste dan Brunei.

Menurut Penaung Storm Rider Junior Malaysia (SRJM), Tan Sri Rozali Ismail menyatakan matlamat penubuhan SRJM adalah untuk menyatupadukan golongan belia seluruh malaysia menerusi aktiviti bermotorsikal.

SRJM berhasrat menjadi platform kepada generasi muda menjalankan program bermotorsikal secara sihat dan SRJM senantiasa bergerak aktif dalam siri kejohanan Petronas AAM Malaysia Cup Prix melalui Storm Rider Junior Racing Team.

Selain itu SRJM juga menganjurkan program konvoi bermotorsikal, aktiviti riadah dan kemasyarakatan bersama ahli-ahli SRJM.

Keahlian terkini untuk ahli-ahli SRJM sudah mencecah 2000 ahli semenjak penubuhan pada Februari 2015.

DSC_6669

Terdahulu, Ahmad Zahid meluangkan masa melawat ruang pameran Storm Rider Junior Malaysia dengan diiringi oleh Rozali Ismail, Presiden GWGF merangkap penaung Storm Rider Junior Malaysia.

Dalam lawatan beliau ke ruang pameran Storm Rider Junior Malaysia, Ahmad Zahid menzahirkan sokongan mengenai penubuhan Storm Rider dan beliau melihat ianya sebagai platform orang muda dalam mengetengahkan bakat dalam arena permotoran dan mengurangkan aktiviti-aktiviti yang kurang berfaedah.

Inisiatif yang diambil oleh Presiden GWGF ini adalah untuk melihat Generasi Baru FELDA mendapat manfaat daripada pembangunan FELDA dan seterusnya membangunkan FELDA secara berterusan sebagai mencerminkan imej negara.

DSC_0230

DSC_0248

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.