Jerebu Mula Pulih, Hanya Sri Aman Rekod IPU Tidak sihat

KUALA LUMPUR: Tahap jerebu dan kualiti udara di negara ini mula pulih sepenuhnya dengan hanya satu kawasan saja mencatatkan bacaan tidak sihat setakat pagi ini iaitu Sri Aman, di Sarawak.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkodkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di kawasan berkenaan setakat jam 10 pagi adalah 113.

Sementara itu, 31 kawasan lain di Semenanjung, Sabah dan Sarawak merekodkan bacaan IPU sederhana, baki 18 kawasan lagi merekodkan bacaan IPU baik.

IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 300 ke atas berbahaya.

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.