Koperasi Felda Bangunkan Stesen Minyak Mini Di Felda Umas Bulan Ini

TAWAU – Koperasi Felda akan membangunkan sebuah stesen minyak mini luar bandar jenama Smart di Felda Umas 2, dekat sini bulan depan, kata Pengurus Besar Wilayah Felda Sabah Datuk Juany Salleh.

Beliau berkata projek pembangunan stesen minyak mini berkenaan adalah kerjasama antara Koperasi Felda dan Smart Stream Resources Sdn Bhd (SSRSB), sebuah syarikat pembekal minyak petrol dan diesel.

“Kelulusan untuk membangunkan stesen minyak mini itu sudah ada. Kita akan mulakan pembinaannya bulan ini dan pelancaran operasinya dijangka pada tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Permuafakatan Wilayah Sahabat (Felda) di sini.

Beliau berkata pembukaan stesen minyak itu akan menambah pendapatan anggota koperasi berkenaan, sekali gus dapat membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak peneroka. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.