Jakim: Info Minuman Fanta Ada Lemak Babi Palsu

SHAH ALAM – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan penyebaran maklumat mengenai minuman ringan jenama Fanta mengandungi lemak babi.

Jakim mengesahkan bahawa minuman ringan tersebut mendapat sijil halal dari pihaknya.

Perkara itu dimaklumkan melalui laman Facebook rasmi Bahagian Hab Halal Jakim, hari ini.

“Viral palsu. Penjelasan, produk minuman Fanta mendapat pengesahan halal daripada Jakim Rujuk direktori halal www.halal.gov.my untuk semakan lanjut,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu disertakan dengan sekeping gambar yang menunjukkan lima botol air bergas Fanta pelbagai perisa dengan mesej yang menyatakan minuman itu mengandungi lemak babi.

“Kepada semua Muslim dari Mufti Rizwi. Kepada semua, jangan minum minuman Fanta yang baharu. Ia mengandungi’carcinogenic’ (E211, E224) lemak babi.

“Tolong jangan padam ini sehingga semua orang Muslim berkongsi maklumat ini,” bunyi mesej itu. – SINAR HARIAN

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.