Bomoh: Betapa Taksubnya Orang Kita Pada Perkara Tahyul, Syirik Dan Khurafat

Dalam negara kita yang makmur dan aman ini, terlalu banyak hiburan untuk kita semua sehingga ramai yang tidak dapat membezakan antara perkara lucu dengan fitnah, antara kepercayaan khurafat dengan rukun iman dan antara dosa dan pahala.

Tidak dinafikan suatu waktu dahulu di zaman yang serba kekurangan dari segi ilmu dan teknologi, masyarakat kita bergantung kepada bomoh terutama dalam aspek perubatan.

Pada zaman itu, teknologi perubatan juga tidak semaju hari ini malah negara pun tidak semaju hari ini.

Setapak demi setapak menuju kemajuan, khidmat bomoh semakin ditinggalkan di kawasan bandar sebaliknya hanya popular dikalangan masyarakat luar bandar dan pedalaman yang tidak merasai kemajuan teknologi.

Pada hari ini, semua golongan masyarakat telah mengecapi nikmat kemajuan teknologi perubatan termasuk di luar bandar dan pedalaman.

Kepercayaan bomoh bukan sahaja dalam masyarakat Melayu tetapi bangsa Cina juga turut mempercayai tabib.

bomoh1

Selain untuk tujuan perubatan, suatu ketika dahulu masyarakat juga percaya bahawa bomoh mempunyai kuasa luar biasa seolah-olah bomoh mampu menilik dan memakbulkan semua permintaan yang rata-ratanya permintaan yang bersifat negatif atau jahat.

Zaman itu kita boleh menganggapnya sebagai zaman ‘jahiliah’ kerana kurangnya pendedahan ilmu dan teknologi.

Ironinya, hari ini dengan terlalu banyak pendedahan ilmu dan teknologi, masih ada lagi dikalangan masyarakat yang kuat mempercayai ‘mukjizat’ bomoh ini.

Semakin bijak orang kita ini, dilihat semakin mundur ke belakang pula tidak ketinggalan juga mereka yang memegang status ‘Doktor’.

Dunia media sosial dalam negara dibingitkan lagi dengan tuduhan ulangan terhadap isteri Perdana Menteri yang mendakwa Datin Sri Rosmah Mansor menggunakan khidmat ramai bomoh dari pelbagai negara untuk menyihir Perdana Menteri kita dan demi untuk mengekalkan kedudukan suaminya, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abd Razak.

Itulah ungkapan dan tuduhan yang lahir dari mulut seorang ‘Doktor’ iaitu Tun ‘Dr’ Mahathir Mohamed, mantan Perdana Menteri kita.

Rasanya, mungkin lebih tepat lagi jika saya katakan itulah fitnah yang lahir dari mulut mantan Perdana Menteri kita, memandangkan tuduhan tersebut tidak didatangkan dengan bukti yang sahih.

Agak janggal pada pandangan peribadi saya, apabila seorang yang berpendidikan, berwawasan, berpandangan jauh dan realitistik seperti Tun amat mempercayai pada perkara tahyul yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.

Saya secara peribadi tidak mempercayai perkara-perkara seperti itu, jadi saya agak hairan apabila seorang negarawan boleh meletakkan kepercayaannya terhadap perkara karut marut seperti itu.

Tuduhan ‘bomoh’ itu dibuat oleh Tun pada 29hb Ogos 2015 di Stadium Pasir Gudang Johor dan disiarkan oleh hampir semua media pembangkang.

Semalam, kenyataan tersebut dikitar semula apabila gambar Dato’ Sri Najib dan Datin Sri Rosmah di tanah suci Mekah ketika melakukan umrah menjadi viral dimedia sosial.

najib rosmah mekah

Untuk Tun yang percaya dan mengeluarkan tuduhan tersebut, itu satu perkara.

Tetapi, warga media sosial yang rata-ratanya orang Melayu dan beragama Islam satu tabiat pula apabila percaya terhadap tuduhan tersebut dan memanjangkan tuduhan dan fitnah tersebut.

Apakah kita masih hidup di zaman ‘Flinston’?

Melihatkan telatah mereka yang terlalu taksub kepada kepercayaan khurafat, syirik dan tahyul ini, geli hati pun ada.

Mereka ini jika dilihat mempunyai latar belakang pendidikan yang baik dan hidup dengan penuh kemodenan seperti Tun sendiri dan pihak-pihak yang berkongsi artikel berkaitan Datin Sri Rosmah menyihir Dato’ Sri Najib dikala keduanya sedang beribadah di tanah suci.

Jika mereka ini hidupnya di pedalaman ada kemungkinan juga mereka ini terpengaruh, yang lucunya masyarakat pedalaman telah meninggalkan kepercayaan karut sedemikian, malah orang asli hari ini pun sudah tidak percaya benda karut marut ini.

Macam manalah mereka yang berpendidikan tinggi dan hidup di bandar yang serba maju boleh percaya pada pengamalan bomoh.

Tidak terfikirkah, jika benar Datin Sri Rosmah guna khidmat bomoh untuk menyihir Dato’ Sri Najib dan mengekalkan kedudukan suaminya sepertimana yang Tun dakwa, kenapa tidak Datin Sri Rosmah sihirkan sahaja Tun supaya tutup mulut. Betul tak?

Jika benarlah Datin Sri Rosmah guna bomoh, kan baik dia sihirkan sahaja Lim Guan Eng yang memang bukan orang Islam, tidak kenal baca Bismillah dan tidak pernah mengucap dua kalimah suci.

Manalah tahukan, dengan khidmat bomoh itu nanti maka orang Melayu di Pulau Pinang tidak lagi ditindas.

Kalau nak difikirkan, banyak perkara boleh dipertikai tentang tuduhan Tun berkaitan isu bomoh ni.

rosmah sihir najib

Melihatkan sikap segelintir warga netizen yang gemar terhadap sebaran cerita sebegini, tidaklah menghairankan sangat kenapa drama dan filem tahyul di televisyen dan pawagam mendapat rating dan kutipan antara yang terbaik.

Saya teringat suatu ketika dahulu Tun pernah menegur sikap orang Melayu yang agak suka kepada perkara tahyul sebegini.

Lebih kurang beginilah kata beliau, “Melayu memang suka benda tahyul sampai membantutkan kemajuan sendiri”.

Apakah Tun sudah mula menjadi ‘Melayu yang mudah lupa’?

Kepada sahabat-sahabat warga media sosial tu, hentikanlah menyebar perkara tahyul, syirik dan khurafat ini, buat menambah dosa sahaja.

Tidak perlu bertindak sedemikian jika benarlah jaki terhadap Dato’ Sri Najib dan Datin Sri Rosmah yang mengerjakan ibadah di tanah suci.

Sebaiknya kita doakan yang baik-baik dan berusahalah sama untuk kita juga turut dijemput menjadi tetamu Allah.

Bukan semua orang kaya dan berduit dapat menjadi tetamu Allah, jadi jagalah tingkah dan kata agar suatu hari kita bakal menjadi tetamu Allah seperti Perdana Menteri dan isteri.

Tak perlulah sampai menghina dan memfitnah orang yang sedang beribadah dan menjadi tetamu Allah, seafdalnya kita berusahalah agar kita juga mendapat jemputan dari-Nya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.