Warga FELDA Bersama Perdana Menteri Sempena Majlis Tahlil Allahyarham Tun Abdul Razak

KUALA LUMPUR – Sempena memperingati 40 tahun pemergian mantan Perdana Menteri ke-2, Allahyarham Tun Hj Abdul Razak Dato’ Hussein, Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil telah diadakan di Masjid Ar-Rahah, Kg Kerinchi, di sini malam semalam.

Majlis bacaan yassin dan tahlil tersebut melibat hampir 500 warga peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan juga petugas FELDA bersama Perdana Menteri, Dato’ Sri Hj Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak yang juga anak sulong kepada Allahyarham Tun Hj Abdul Razak.

Majlis dimulakan dengan tazkirah sebelum Maghrib diikuti solat Maghrib berjemaah, bacaan yassin dan tahlil, solat Isya’ berjemaah dan diakhiri dengan bacaan selawat.

Pemimpin FELDA dan kalangan kepimpinan dalam FELDA turut hadir sama serta bekas pemimpin negara dan juga pemimpin kanan negara juga hadir bersama.

Antara yang hadir pada majlis ini adalah balu Allahyarham yang juga ibunda Perdana Menteri, Tun Rahah Tan Sri Mohammad Noah; isteri Perdana Menteri, Datin Sri Rosmah Mansor; mantan Perdana Menteri ke-5, Tun Hj Abdullah Hj Ahmad Badawi; Pengerusi FELDA, Tan Sri Hj Mohd Isa Dato’ Hj Abdul Samad bersama isteri, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid; Presiden Majlis Belia Negeri Johor, Mannzri Hj Nasib dan lain-lain pemimpin FELDA serta pemimpin negara.

Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein begitu sinonim dan dekat di hati warga FELDA khususnya golongan peneroka kerana bakti dan sumbangan Perdana Menteri kedua Malaysia itu dalam usaha menubuhkan FELDA untuk membuka tanah dan mengagihkannya kepada rakyat bagi tujuan pembangunan lebih 50 tahun lalu bukan sahaja berjaya mengatasi masalah kemiskinan masyarakat luar bandar bahkan meningkatkan taraf hidup golongan itu sehingga hari ini.

tahlil1

tahlil2

tahlil5

tahlil6

tahlil7

tahlil8

tahlil9

tahlil10

tahlil11

tahlil12

tahlil13

tahlil14

tahlil15

tahlil16

tahlil17

tahlil4Jurufoto: Mahadi Hj Mahbol

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.