Kebakaran Kecil Di Kapal Latihan TLDM

KUALA LUMPUR – Satu kebakaran kecil melibatkan aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berlaku di sebuah limbungan di Kampung Acheh, Sitiawan, Perak, hari ini.

Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata kebakaran kira-kira 9.50 pagi itu tidak melibatkan enjin kapal latihan Teguh Samudera seperti dilaporkan sebelum ini.

“Kebakaran berlaku pada kanvas penutup enjin di bilik jentera utama,” katanya dalam kenyataan lewat malam ini, mengenai insiden itu yang berlaku di Limbungan Grade One Marine Services Sdn Bhd.

Beliau berkata pihak limbungan akan menyiasat punca kebakaran. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.